10 Tip konfiden diri

23 12 2009

Sekali sekala kita berkongsi tips ni bagus juga. Takkan asyik nak berkongsi anak ikan and keseronokan duniawi semata-mata. Ye dak. Ok. Kali ni aku terjumpa tips-tips untuk mewujudkan keyakinan diri.

Ramai gak dari kita skang ni tak yakin dengan diri sendiri. Malah, ada sorang kenalan aku ni punya la teruk, sampai nak order makan kat kedai pun jenuh dok bisik kat telinga member yang ikut. Aku sendiri pun tak tau, dia ni tak yakin dengan diri sendiri ke atau pemalu tahap gaban, atau dia terlalu santek sampaikan takut untuk bukak mulut kepada sebarangan orang. Tapi member aku neh straight lah.

So kita tengok 10 tips untuk meningkatkan keyakinan diri. Kita cuba amalkan, mana la tau lepas ni boleh masuk pertandingan ratu gunung ke hapa ke, berguna jugak kanz. Bukan waktu nak mengayat anak hekan je perlu yakin dengan diri sendiri nih…

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: