10 things that I hate most

22 12 2009

Perkara yang tak suka tak semestinya dibuang terus. Bagi aku, tak suka membawa maksud ‘makruh’, boleh buat kalau dah terpaksa.

So, kali ni aku listkan 10 perkara yang aku tak suka, tapi ada kalanya aku buat juga dan aku tak suka berhadapan dengan situasi yang macam ni.

SMS

Aku bukan anti teknologi. Aku suka perkembangan teknologi. Tapi aku tak suka dengan teknologi SMS ni. Bebudak sekolah menengah suka la dengan SMS ni.

Aku tak suka menekan-nekan button hp tu untuk menaip sms. Buang masa and mengganggu. And then, kena tunggu reply pulak. Macam bodoh je aku rasa bila orang yang kita sms tuh lambat reply.

Aku selalu marah sendirian bila dapat SMS terutama time aku masak, makan, menonton tv, gaming and apa-apa aktiviti yang aku lakukan.

Honestly, SMS amat mengganggu aku. Nasib baik aku bukan pihak berkuasa yang mengawal benda ni, kalau tak, sure aku hentikan sama sekali penggunaan SMS atau naikkan caj untuk sms biar orang tak mampu lagi nak ber-sms.

Camne pon, aku masih menggunakan SMS sekali sekala. Cuma aku bukan penangih sms and aku tak kisah kalau sms tuh hilang dimuka dunia.

Menunggu

Pantang aku menunggu. Kalau dah janji pukul 3.00 petang, by hook or by crook by 3.05 petang perlu ada. Nih sesetengah manusia janji pukul 3.00 pm, pukul 4.00 pm belum nampak batang hidung atau segala batang yang ada. Selalunya kalau kes macam ni aku takkan tunggu lagi. Kalau nak gi shopping pon aku aku terus pi and orang yang aku janji tu aku babaikan aje. Atau, aku akan batalkan terus planning tu.

Kedai makan pun sama, kadang-kadang berjam-jam tunggu untuk dapat makanan yang kita pesan. Kalau tengah lapar, sure kembung perut masuk angin. Ada harapan nak batalkan semua pesanan. Tapi, aku bukan kejam, kalau dah kedai makan tu penuh dengan manusia, perut pun tak lapar sangat, aku masih boleh berkompromi untuk menunggu.

Time shopping, aku tak suka kalau menunggu orang membeli barang. Kena pulak jenis yang belek dari satu barang ke barang yang lain. Aku bosan. Aku suka shopping dengan orang yang dah plan siap-siap apa yang dia nak beli dan bila sampai kat kompleks, terus ke bahagian yang menjual barang yang dia nak. Tu baru shopping secara bijak. Bukan nak gi buang masa je kat sana.

Desakan dan paksaan

Renti-rentikan la perbuatan nak desak mendesak, paksa memaksa nie. Kalau orang desak dan paksa korang camne. Suka?? Tahu pun. Kalau korang rasa tak selesa dengan desakan dan paksaan, macam tu la juga aku.

Kalau kena time mood ok tak pe la, masih boleh nak sabar lagi. Tapi kalau kena time period, tak pepasal bersepai sumpah seranah keluar dari mulut aku. Kan dah merenggangkan relation tu.

Sesetengah orang tuh, seolah-olah memaksa untuk date. Sedangkan aku tak suka date-date semua nie. Aku nih low profile taw. Kalau aku rasa aku nak jumpa, tak payah cakap beribu kali, cakap sekali kata nak jumpa je, aku on. Once aku cakap, yes, but not today, bermakna lain kali la tuh. Tak yah la ngengada mendesak dan memaksa aku.

Cakap lain buat lain (CABUL)

Sesiapa yang cakap lain dan buat lain, yakni cakap tak serupa bikin nih elok la jadi ahli politik. Kebanyakkan ahli politik memang memiliki cirri-ciri khas ni. Tapi mampu ke korang nak jadi AP nih. Ke cakap je bergegar, tapi bila berdepan dengan audiens kecut segala yang terjulur.

Melayu ramai yang bersikap macam ni. Sebab tu aku tak suka berurusan dengan mana-mana supplier Melayu. Sebab lain yang dijanjikan, lain yang jadi.

Mungkin kes CABUL ni jadi sebab nak menipu kot. Atau, nak menyedapkan diri sendiri. Walau apa pun alasan yang korang guna bagi menghalalkan CABUL ni, ia tetap busuk. Tak payah la nak bermuka-muka sedangkan apa yang korang cakap tu tak lahir dari hati yang ikhlas.

Sundalisme

Aku terasa murah sangat sesapa yang termasuk dalam kategori sundalisme ni. Lebih murah dari pondan kertu kat Hj Taib nun. Lebih murah dari harga sehelai kain buruk.

Macam ni la, kalau korang tak suka di kayu tigakan, begitu juga aku. So kalau semua orang tak suka, lets muziumkan perbuatan kayu tiga tu. Tapi, kalau korang memang jenis anjing yang meleleh je air liur bila nengok anjing lain, korang juga harus bersedia jika kapel korang berbuat benda yang sama.

Gila

Jujur, aku tak selesa sama sekali dan tak suka berdepan dengan dua gila. Gila pertama adalah orang gila dan gila kedua adalah anjing gila. Ngeri siot.

Kedua-dua gila ni sukar untuk kita ramal. Macam-macam yang boleh jadi. Kang tak pasal-pasal kena kejar. Kalau pantas berlari takpe la juga, tapi kalau berjalan dua tiga langkah dah mengah, camne? Sape nak jawab tuh.

Sex maniac

Aku kadang-kadang chatting juga kat mirc atau yahoo messenger. Nak cari kawan la kekdahnye. Kadang-kadang, pesakit mental yang tak layak masuk hospital jiwa ni pun turut sama chatting. Mula la tanya soalan yang bukan-bukan. Konek berapa panjang, suka rimming ke dak. Pelikkan. Perlu ke nak bercerita kisah dalam boxer macam tu?

Tak fahan bahasa

Sesetengah orang ni, tak faham dengan apa yang kita cakap. Tak ngerti dengan apa yang kita sampaikan. Pelik kan. Cakap dalam bahasa yang sama pun masih pekak badak. Kalau kite cakap tak boleh tu, tak boleh la. Tak payah la dok tanya berulang kali, tak payah la buat ayat kesian sebab nak minta no telepon berkali-kali. Non-sense.

Selalunya kalau berjumpa dengan manusia golongan macam ni, aku ignore je. Selesai. Senang cerita. Buat apa nak susah payah nak explain satu persatu. Wasting my time je kanz.

Salesman/MLM

Ni pun jenis manusia yang tak faham bahasa. Selalu kat shopping complex la. Nak promote barang pun agak-agak la. Kalau kita dah cakap tak nak, tak payah la nak beria-ia nak jual juga. Kang kalau kena ‘slap’ yang bebukan, korang gak yang nak pedih hati, korang juga yang merah pipi.

Tak suka disini bukan bermaksud aku say no kepada semua salesman. Aku boleh berkawan dengan gang-gang salesman atau agen MLM ni. Cuma, diorang kena respek la aku sama. Aku suka kalau time lepak korang dok gatai nak promote produk korang. Cerita sipolan tuh inkam berjuta, sipolan nih baru tukar kereta, sedangkan korang apa yang ada?

Honestly, aku tak pandang gang salesman/agen MLM yang berkawan dengan aku semata-mata nak jual barang kat aku atau nak ajak aku join MLM korang. Boleh blah.

Jem

Sesapa yang pernah naik kereta dengan aku akan faham, macam mana pe’el aku kalau memandu dalam jem. Sumpah seranah, maki hamun semua terkeluar secara spontan. Aku lebih rela duduk kat rumah dari memandu dalam jem. Sebab tu akak aku cakap aku sombong sebab jarang pi umah dia kat Pulau Pinang sedangkan aku kat Bukit Mertajam je. Sebabnya satu je, aku tak suka jem kat Penang Bridge.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: