Selamat Tahun Baru Cina.
Aku bercuti 4 hari mulai Jumaat, 12 Feb 2010. Ya, dengan penuh semangat sebab aku sebelum ni dah plan percutian yang tak sehebat mana tapi cukup untuk membuatkan aku dan dia gembira. Cuma, seminggu sebelum cuti ni ada berlaku sedikit masalah antara kami.
Percutian yang aku jangka menarik sebelum ni bertukar menjadi percutian yang paling suck pernah aku alami sejak aku tinggal di Penang. Aku terpaksa batalkan tempahan di salah sebuah Taman Negeri. Aku terpaksa kehilangan duit aku sebab dah buat deposit untuk hotel. Aku terpaksa buang cuti aku tanpa diisi dengan apa-apa aktiviti yang indah.
Sabtu lepas, aku dapat tahu dia dah blind date dengan some one at two in the morning. Ok, no hal. But, yang menghantui aku, at the same day, he met someone else and tak balik langsung ke rumah dia.
Let say aku yang buat macam tu, sah-sah macam-macam hal jadi. Member aku pon pernah dapat warning jangan jumpa aku if dia tak de kat sini. So, bila dia buat macam tu, ok pulak.
Thanks sebab jadikan cuti aku kali ni sia-sia. You cannot pay it back even by thousand sorry word.
Kedatangan dia kali ni, aku cuma berdiam. Anggap saja aku sendirian dan tak wujud sesapa di keliling aku. Takkan dah hampir 8 tahun masih tak faham kenapa aku buat macam tu. Kalau tak sedar kesilapa sendiri pon, susah sangat ke nak buka mulut dan tanya kenapa?
Bagi aku satu je, aku takkan buat kalau orang lain tak mulakan. And, kalau orang dah mulakan, aku juga akan lakukan benda yang sama kalau aku rasa aku nak. Kalau tak, aku akan simpan sampai aku rasa nak. So fair and square kan. Dulu aku tak macam ni, tapi aku terpaksa lahirkan prinsip sebegini disebabkan aku diasuh dalam persekitaran sedemikian.
Dari dulu lagi, aku cakap, long term relation ni tak boleh pakai. Laki bini pon boleh bercerai ni kan pulak relation sesama PLU ni. Kalau PLU yang tak gatai merenyam maybe la boleh bertahan. Tapi kalau salah sorang saja yang di jaga status hubungan, tak guna juga. Sebab ni la dulu aku dah usahakan pertukaran supaya jarak boleh didekatkan. Tapi…
Mungkin dia ingat aku seronok dengan apa yang aku lakukan sekarang, dia tak tahu betapa peritnya hati aku memendam rasa. Dia tak pernah nak selami hati aku dan menyapa bagaimana dalamnya gurisan yang ada. Semuanya kerana dia.
SocialVibe